Thursday 30 June 2011

Random Acces Memory

Tersangat Annoying an bila da 2-3 taon gne lappy/desktop,start ar 'besi buruk' ue buat hal,.,.sampai an ad makhluk kata yg pikap kura2 pown lagi laju,. hahaa,.,.


           Antara solution dy adalah sbb masalah Random Acces Memory @ RAM,..
RAM adalah memori sparepart yg digunakan pabila komputer memerlukan memori tambahan,.bila kita running sesuatu program,akan ada temporary files yg ditumpangkan at RAM dan automatik akan di delete bila u'all tutup program itu.Malangnya,ad kebanyakan program tidak di setkan untuk delete temporary files yg tumpang at RAM u'all ue,.so,lama-kelamaan RAM u'all akan penuh dgn files yg layak dipanggil  sampah,.!!

 Sekarang,byk free software cleaning PC yg merata at website,u'all juz' search,review,n download jewp,.
 ^_^
     Aku guna Ccleaner ntuk tugas Cuci-Cuci Service 3 hari sekali khas at Netbook free 1malaysia Aku,.hehe,.

okayh,.back to da main subject,.Aku na share ngan u'all cara2 na bersih an RAM semudah membaca A,B,C tanpa menyebut huruf 'B' mahupun huruf 'C' menggunakan kanta pembesar di bawah lampu pendarfluor yg terang benderang,.!!   (xyah fening2 kayh,Aku juz wat lawak metafora,.hahaa,..  ^_^)

          CLEAN YOUR RAM OUT USING  NOTEPAD,.!!

firtsly,open ur' notepad  (Start> All Programs> Accessories> Notepad)








then,taip: Mystring=(80000000)




Then go to File> Save As and name it cleaner.vbe

MAKE SURE ITS 'SAVED' AS A .VBE
tukarkan “save as type” and set an kepada ''all files'' pas ue klik save. Ignore Encoding


Last sekali,.run program yg telah u'all save ue tdy.Time u'all click program ue,mmg xd bndew yg brlaku,.cuba try test performance PC u'all pas ue.,u'all mesti rasa PC u'all makin laju sikit,.  :)


Hasil  :








sampel nih menunjukkan regular cleaned PC yg telah mengurangkan penggunaan RAM sebanyak 13%,.
maybe lao u'all buat ntuk kali pertama,.penggunaan akan dikurangkan sehingga 60%,.!!
  
    actually.., Aku tersangat obses at notepad ngan command prompt,.sbb byk bndew kitew ley kembangkan gne 2 system nie,.
huhu,.maybe next time,.kitew layan command prompt sama2 kayh,,.hehe,  
  BTW,u'all boleh amalkan cara nie selalu ntuk mengekalkan kelajuan PC korg and Selamat Mencuba,...    ^_^

Tuesday 28 June 2011

Mak,saya nak pergi disko




ramai yang pergi
Zul pergi
Sani pergi
Zaid pergi
Kassim pergi
Ana pergi
Ida pergi
Siti pergi
Ina pergi
semua pergi
semua ada
mat ada
minah ada
ah beng ada
ah lien ada
tambi ada
salkek ada
john ada
jenny ada
semua ada
semua datang
bujang datang
dara datang
suami orang datang
isteri orang datang
kaki ‘enjoy’ datang
kaki ‘stress’ datang
ustaz pun kadang-kadang datang
minuman ada
beer ada
stout ada
whiskey ada
brandy ada
cocktail ada
mocktail ada
jin ada
bourbon ada
coke ada
sprite ada
kopi tak ada
muzik ada
rock and roll ada
blues ada
funk ada
jazz ada
rap ada
techno ada
pop ada
asli tak ada
pakaian bebas
macam-macam fesyen
ada rambut hitam
rambut putih
rambut merah
rambut biru
rambut negro
rambut rasta
rambut panjang
yang tak ada rambut pun ada
yang bertindik banyak
tindik telinga
tindik hidung
tindik kening
tindik bibir
tindik pusat
tindik ini
tindik anu
macam-macam baju
baju pendek
baju panjang
baju jarang
baju sempit
baju longgar
ada yang pakai baju
tak pakai coli
ada yang pakai macam coli
tak pakai baju
macam-macam boleh buat
boleh nyanyi
boleh joget
boleh minum
boleh hisap rokok
boleh rileks one corner
boleh romen-romen
boleh cari mangsa
boleh jadi mangsa
boleh tangkap hensem
boleh tangkap jambu
boleh buat bodoh
boleh jadi bodoh
    mak jangan takut
       tempat itu selamat
            kadang-kadang polis datang
kadang-kadang C.I.D. datang
kadang-kadang C.N.B. datang
syaitan datang
malaikat pun datang
mak, saya nak pergi disko
kalau mak tak izin
saya pergi juga
kalau bapak marah
saya pergi juga
saya nak pergi disko
di sana ada syurga ada neraka.



~by :Rafaat Hamzah

Monday 13 June 2011

Dropbox ©

wait a sec,.U'all still gne pendrve,.?
           hahaaa,... soory ea tergelak pulak,.   ^_^
meh aku perkenalkan Dropbox ©,actually menatang nih berfungsi sama mcm pendrive (simpan data or video,etc..)  Tapi,..!!
  hehee,.ada 'tapi' nyer,. yang lain nyer pasal  Dropbox 2gb © nih ialah kita simpan data kita at internet bkn at memori pendrive mahupun desktop.So,maknanyer data yang kita simpan begitu flexible (boleh acces at mana2 laptop dgn selamat ) dan lebih selamat (daripada pendrive yg selalu hilang atau masuk lubang jamban)                                
                                                                                                                                 ^_^


                Pas korg install,akan ad 1 folder didalam laptop u'all,.
     maknanyer,.lao korg na simpan or share something ,.

juz copy-paste at folder  Dropbox mcm kita copy-paste at folder yg lain,.totally no different babe,.!! and,.secara otomatik nyer,..akan terupload at account internet kita,.!!so,kita leyh share picture or video ngan membew (or buah aty memasing,..ske aty korg lerw,..huhu) dengan selamat,pantas dan yg penting no more passing-passing pendrive,.  yihaa,.!! 











Aku na ckp pew agi pown da ta mampu ,.juz t'pulang at u'all na gne  Dropbox or ta,.
tapi,seriously,.
 Dropbox  nie totally highly recomended oleh aku  ^_^.

so,Citew lbeyh pown ta gne,.click button install at bawah nih untuk nikmati 2GB free (bertambah 250Megabyte utk setiap satu invitation at membew-membew u'all ,hampir t'lupa,. actually korg free agik 250MB sbb aku invite u'all.,.)  ^_^ 
                                                  Dan yang paling penting sekali adalah,..........

          ^_^ INSTALL ^_^



   Its totally free babe,.!!!


Sunday 12 June 2011

KinectShoppe







 Wow,......
     Teknologi Kinect adalah teknologi yang d'perkenalkan oleh Microsoft .
For the exmple,.Xbox 360 menggunakan tech kinet nih,tech kinect nie totally free-controller gaming,gesture recognition or thru' spoken commands,.

TADAAA,.....!!
     Kinectshoppe,..kedai baju yang menggunakan aplikasi kinect nih,.
huh,cmnew,.?
hehe,.  Saksikan,.


Tu diaa,.hahaa,.
      terkesima kan,.?
terbaeek la Microsoft,.!!
,.hope menatang nih akan d'komersial an at seluruh dunia dan especially warga Malaysia dpt merasa tech nih,.

boleh jdik tahun 2020 nnt,.kita akan terbaca at dada akhbar yang,..........
           "Pelancaran Kinectshoppe 1malaysia dan KinectRakyat 1malaysia di PWTC oleh Dato' Sri Najib Razak "
                                                ~sekadar impian dan harapan yang terluah~



^_^

Saturday 11 June 2011

A Letter From The Future Of Our Own


            Kepada Manusia Di Tahun 2011,

  Aku hidup di tahun 2050. Aku berumur 50 tahun, tetapi kelihatan seperti sudah berumur 85 tahun.
Aku mengalami banyak masalah kesihatan, terutama masalah ginjal kerana aku minum sangat sedikit air putih.
Aku rasa aku tidak akan hidup lama lagi. Sekarang, aku adalah orang yang paling tua di bandar ini.

Aku teringat semasa aku berumur 5 tahun semua sangat berbeza, masih banyak pokok di hutan dan tanaman hijau, setiap rumah punya halaman dan taman yang cantik, dan aku sangat suka bermain air dan mandi sepuas-puasnya.

Sekarang, kami hanya membersihkan diri hanya dengan sebotol sekali sehari dengan menggunakan minyak
mineral.






Dahulu, rambut adalah mahkota kebanggaan semua perempuan. Sekarang, kami harus mencukur habis
semua rambut kerana untuk menjimatkan air kerana kami perlu membersihkan kepala tanpa menggunakan
air.

Dahulu, ayahku membasuh keretanya dengan menyembur air terus dari air paip. Sekarang, anak-anak aku tidak percaya bahawa dulu air boleh digunakan untuk apa saja.
Aku masih ingat seringkali ada pesanan yang mengatakan:
              JANGAN MEMBAZIR AIR
Tapi tak seorangpun yang ambil kisah akan pesanan tersebut. Orang beranggapan bahawa air tidak akan habis.Sekarang, sungai,parit dan perigi semuanya telah tercemar atau telah kering.
Pemandangan sekeliling yang dapat dilihat hanyalah gurun-gurun pasir yang tandus. Kesan saluran pencernaan, kulit dan penyakit saluran kencing sekarang menjadi penyebab kematian nombor satu.
Industri telah lumpuh, pengangguran mencapai angka yang sangat dramatik. Pekerja hanya dibayar dengan segelas air minuman sehari.
80% makanan adalah makanan sintetis.


Dahulu, doktor mencadangkan untuk menjaga kesihatan adalah minum paling kurang 8 gelas air sehari.
Sekarang, aku hanya boleh minum setengah gelas air setiap hari.

Sejak air menjadi barang mahal, kami tidak membasuh baju, pakaian semuanya jenis pakai buang, yang akhirnya menambah masalah kerana jumlah sampah semakin banyak.
Kami menggunakan septic tank untuk buang air, seperti pada masa lampau, kerana tidak ada air.
Manusia di zaman kami kelihatan menyedihkan: tubuh sangat lemah; kulit pecah-pecah akibat dehidrasi; ada banyak kesan luka akibat banyak terdedah sinaran matahari kerana lapisan ozon dan atmosfera bumi semakin nipis dan sebenarnya semakin habis.

Kerana keringnya kulit, perempuan berusia 20 tahun kelihatan seperti berumur 40 tahun.
Para saintis telah melakukan berbagai kajian dan ujikaji, tetapi tidak menemui jalan keluar. Manusia tidak mampu membuat air.

Sedikitnya jumlah pokok dan tumbuhan hijau membuatkan oksigen sangat berkurang.
Kerajaan juga mengenakan cukai atas udara yang kami sedut: 137 m3 per orang sehari.
Kepada siapa yang tidak mampu membayar cukai ini akan dikeluarkan dari kawasan ventilation yang dilengkapkan dengan peralatan paru-paru mekanik raksasa bertenaga solar yang membekalkan oksigen.
Udara yang ada di dalam kawasan ventilation tidak berkualiti baik, tetapi setidak-tidaknya menyediakan oksigen untuk bernafas.

Umur hidup manusia secara purata adalah 35 tahun.
Beberapa negara yang masih memiliki pulau hijau mempunyai sumber air sendiri. Kawasan ini dijaga dengan ketat oleh tentera. Air menjadi barang yang sangat mahal dan berharga, melebihi emas, minyak dan permata.
Di tempatku tidak ada lagi pokok kerana sangat jarang hujan. Jika hujan turun pun, itu adalah hujan asid.
Anak-anak masa kini tidak kenal lagi pasal musim.




Kami pada masa dahulu telah diperingatkan bahawa sangat penting untuk menjaga keaslian alam,
tetapi tidak ada yang berat.


Semasa anak perempuanku yang botak bertanya bagaimana keadaannya ketika aku masih muda dulu, aku
menceritakan bagaimana indahnya hutan dan alam sekitar yang masih hijau.
Aku menceritakan bagaimana indahnya hujan, bunga, seronoknya bermain air, memancing di sungai, dan boleh minum air sebanyak mana yang kita mahu. Aku menceritakan bagaimana sihatnya manusia pada masa itu.
Dia bertanya: – Ayah..Mengapa tidak ada air lagi sekarang ?


Aku merasa seperti ada yang menyumbat tenggorokku. ..
Aku tidak dapat menghilangkan perasaan bersalah, kerana aku berasal dari generasi yang menghancurkan alam sekitar dengan tidak mengendahkan secara serius pesanan-pesanan cintai bumi dan kempen hijau pada masa itu seperti orang lain juga!
Aku berasal dari generasi yang sebenarnya boleh mengubah keadaan, tetapi tidak ada seorangpun yang melakukan. Sekarang, anak dan keturunanku yang harus menerima akibatnya.

AIR DAN BUMI UNTUK MASA DEPAN

   Regards,


sumber/:masa hadapan