Saturday, 11 June 2011

A Letter From The Future Of Our Own


            Kepada Manusia Di Tahun 2011,

  Aku hidup di tahun 2050. Aku berumur 50 tahun, tetapi kelihatan seperti sudah berumur 85 tahun.
Aku mengalami banyak masalah kesihatan, terutama masalah ginjal kerana aku minum sangat sedikit air putih.
Aku rasa aku tidak akan hidup lama lagi. Sekarang, aku adalah orang yang paling tua di bandar ini.

Aku teringat semasa aku berumur 5 tahun semua sangat berbeza, masih banyak pokok di hutan dan tanaman hijau, setiap rumah punya halaman dan taman yang cantik, dan aku sangat suka bermain air dan mandi sepuas-puasnya.

Sekarang, kami hanya membersihkan diri hanya dengan sebotol sekali sehari dengan menggunakan minyak
mineral.






Dahulu, rambut adalah mahkota kebanggaan semua perempuan. Sekarang, kami harus mencukur habis
semua rambut kerana untuk menjimatkan air kerana kami perlu membersihkan kepala tanpa menggunakan
air.

Dahulu, ayahku membasuh keretanya dengan menyembur air terus dari air paip. Sekarang, anak-anak aku tidak percaya bahawa dulu air boleh digunakan untuk apa saja.
Aku masih ingat seringkali ada pesanan yang mengatakan:
              JANGAN MEMBAZIR AIR
Tapi tak seorangpun yang ambil kisah akan pesanan tersebut. Orang beranggapan bahawa air tidak akan habis.Sekarang, sungai,parit dan perigi semuanya telah tercemar atau telah kering.
Pemandangan sekeliling yang dapat dilihat hanyalah gurun-gurun pasir yang tandus. Kesan saluran pencernaan, kulit dan penyakit saluran kencing sekarang menjadi penyebab kematian nombor satu.
Industri telah lumpuh, pengangguran mencapai angka yang sangat dramatik. Pekerja hanya dibayar dengan segelas air minuman sehari.
80% makanan adalah makanan sintetis.


Dahulu, doktor mencadangkan untuk menjaga kesihatan adalah minum paling kurang 8 gelas air sehari.
Sekarang, aku hanya boleh minum setengah gelas air setiap hari.

Sejak air menjadi barang mahal, kami tidak membasuh baju, pakaian semuanya jenis pakai buang, yang akhirnya menambah masalah kerana jumlah sampah semakin banyak.
Kami menggunakan septic tank untuk buang air, seperti pada masa lampau, kerana tidak ada air.
Manusia di zaman kami kelihatan menyedihkan: tubuh sangat lemah; kulit pecah-pecah akibat dehidrasi; ada banyak kesan luka akibat banyak terdedah sinaran matahari kerana lapisan ozon dan atmosfera bumi semakin nipis dan sebenarnya semakin habis.

Kerana keringnya kulit, perempuan berusia 20 tahun kelihatan seperti berumur 40 tahun.
Para saintis telah melakukan berbagai kajian dan ujikaji, tetapi tidak menemui jalan keluar. Manusia tidak mampu membuat air.

Sedikitnya jumlah pokok dan tumbuhan hijau membuatkan oksigen sangat berkurang.
Kerajaan juga mengenakan cukai atas udara yang kami sedut: 137 m3 per orang sehari.
Kepada siapa yang tidak mampu membayar cukai ini akan dikeluarkan dari kawasan ventilation yang dilengkapkan dengan peralatan paru-paru mekanik raksasa bertenaga solar yang membekalkan oksigen.
Udara yang ada di dalam kawasan ventilation tidak berkualiti baik, tetapi setidak-tidaknya menyediakan oksigen untuk bernafas.

Umur hidup manusia secara purata adalah 35 tahun.
Beberapa negara yang masih memiliki pulau hijau mempunyai sumber air sendiri. Kawasan ini dijaga dengan ketat oleh tentera. Air menjadi barang yang sangat mahal dan berharga, melebihi emas, minyak dan permata.
Di tempatku tidak ada lagi pokok kerana sangat jarang hujan. Jika hujan turun pun, itu adalah hujan asid.
Anak-anak masa kini tidak kenal lagi pasal musim.




Kami pada masa dahulu telah diperingatkan bahawa sangat penting untuk menjaga keaslian alam,
tetapi tidak ada yang berat.


Semasa anak perempuanku yang botak bertanya bagaimana keadaannya ketika aku masih muda dulu, aku
menceritakan bagaimana indahnya hutan dan alam sekitar yang masih hijau.
Aku menceritakan bagaimana indahnya hujan, bunga, seronoknya bermain air, memancing di sungai, dan boleh minum air sebanyak mana yang kita mahu. Aku menceritakan bagaimana sihatnya manusia pada masa itu.
Dia bertanya: – Ayah..Mengapa tidak ada air lagi sekarang ?


Aku merasa seperti ada yang menyumbat tenggorokku. ..
Aku tidak dapat menghilangkan perasaan bersalah, kerana aku berasal dari generasi yang menghancurkan alam sekitar dengan tidak mengendahkan secara serius pesanan-pesanan cintai bumi dan kempen hijau pada masa itu seperti orang lain juga!
Aku berasal dari generasi yang sebenarnya boleh mengubah keadaan, tetapi tidak ada seorangpun yang melakukan. Sekarang, anak dan keturunanku yang harus menerima akibatnya.

AIR DAN BUMI UNTUK MASA DEPAN

   Regards,


sumber/:masa hadapan

No comments:

Post a Comment